Saturday, 4 August 2012

soalan pengawetan

Cara Mengawet Makanan
LATIHAN 1
A. Pilih jawapan yang tepat.
1 Bahan makanan perlu disimpan di dalam peti sejuk untuk mengelakkannya
daripada dicemari oleh
A habuk
B bakteria
C cendawan
D Debu
2 Bakteria yang membiak pada bahan makanan boleh menyebabkan
A demam.
B selesema.
C cirit-birit.
D batuk.
3 Buah mangga boleh diawet melalui proses
A penjerukan.
B pengeringan.
C penyejukbekuan.
D pemanasan.
4 Selepas minum segelas susu, Siti berasa sakit perut dan muntah-muntah.
Keadaan ini disebut
A keracunan makan.
B gastrik.
C alergi makanan.
D memilih makanan.
5 Jem, kicap dan sos diawetkan dengan kaedah
A pengetinan.
B pengeringan.
C penjerukan.
D pembotolan.
B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
1. _____________________ dan _____________________ merupakan
unsur-unsur perosak bagi bahan makanan.
2. Cili sesuai menjalani proses _____________________ untuk disimpan
lebih lama.
3. _____________________ ialah kaedah mengawet bahan makanan dengan
menyimpannya pada suhu yang rendah
4. _____________________ mesti dituliskan pada botol,tin atau bungkusan
makanan agar pengguna tidak terbeli makanan yang telah rosak.
5. Dalam kaedah _____________________ , bahan makanan dipanaskan
tanpa mendidihkannya.
C. Nyatakan maklumat-maklumat penting yang ada pada label atau
bungkusan sesuatu barang pada jadual di bawah.
LATIHAN 2
Bahagian 1
A Lengkapkan jadual di bawah.
B
:
Nyatakankan tanda-tanda kerosakan bagi jenis makanan berikut.
Jenis makanan Tanda kerosakan
Telur
Minuman
tin/kotak
Sayuran
Kuih
Makan keropok
C
:
Jawab soalan di bawah berdasarkan gambar rajah di bawah.
1. Apakah kaedah pengawetan yang sesuai bagi jenis makanan di atas?
__________________________________________________________
2. Apakah bahan-bahan utama yang diperlukan dalam proses pengawetan
ini?
__________________________________________________________
3. Apakah keburukan kaedah pengawetan ini?
__________________________________________________________
4. Nyatakan tiga jenis makanan yang boleh diawet dengan menggunakan
kaedah ini.
i. __________________________________________
ii. __________________________________________
iii. __________________________________________
Bahagian 2 - Soalan Berbentuk UPSR
1 Seorang murid membiarkan sekeping roti di dalam almari. Selepas empat
hari dia mendapati terdapat tompok-tompok hitam pada roti tersebut.
Apakah yang menyebabkan keadaan itu berlaku?
A Keadaan yang gelap
B Keadaan yang gelap dan berair
C Keadaan yang gelap dan lembap
D Keadaan yang tertutup dan berangin
2 Antara bahan berikut, yang manakah diperlukan dalam proses penjerukan?
I Air
II Cuka
III Garam
IV Pewarna makanan
A I sahaja
B I dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II, III dan IV
3 Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang pengawetan
makanan?
A Mengalakkan proses pertumbuhan bakteria dan kulat
B Menghilangkan zat-zat yang terdapat pada makanan
C Menambah kesegaran pada sayur-sayuran dan buah-buahan
D Memberi zat-zat tambahan pada makanan
4 Penyejukbekuan dapat menjadikan ikan dan daging tahan lebih lama
kerana
A bakteria dan kulat akan mati pada suhu takat beku.
B ikan dan daging terhindar dari lalat dan serangga lain.
C ikan dan daging hanya diawet secara penyejukbekuan.
D pembiakan bakteria dan kulat terhenti pada suhu takat beku.
Ujian Diagnostik
1 Which of the following is used in the process of pickling?
I Vinegar
II Sugar
III Salt
IV Oil
A
I only
B
I and II only
C
I,II and III only
D
I,II,III and IV
2 Which of the following methods of preservation is suitable for the fruit
shown in the picture above?
A
Canning
B
Pickling
C
Drying
D
Salting
3 Which of the following is an advantage of pasteurisation?
A
It saves time.
B
It can kill all types of bacteria and their spores.
C
It can retain the taste and nutritional value of the food.
D
It can be done at a lower cost compared to other methods of
preservation.
Food is boiled to kill all bacteria.
Food is sealed into air tight containers.
The containers are heated under high temperatures and pressure
4 The information above is related to a type of preservation method. Which of
the following is the preservation method?
A
Pasteurisation
B
Vacuum packing
C
Canning
D
Boiling
5 Which of the following conditions is used as the basis for vacuum packing?
A
Airless
B
Waterless
C
Low temperatures
D
High temperatures
6 Which of the following foods can be preserved by pasteurisation?
A
B
C
D
7 The conditions above are signs of food spoilage. Which of the following
foods will show the signs when spoilt?
A
Milk
B
Eggs
C
Bread
D
Vegetables
8 Which of the following methods can be carried out by a farmer to ensure
that his crop will be kept fresh longer?
I Bottling
II Drying
III Freezing
IV Pasteurisation
A
I and II only
B
II and III only
C
II,III and IV only
D
I,II,III and IV only
9 Which of the following methods can be used to dry food?
I Putting the food in the refrigerator.
II Placing the food on grills over burning coals.
III Putting the food on racks under the sun.
IV Heating the food in an electrical oven.
A
I and II only.
B
II and III only.
C
III and IV only
D
II,III and IV only
10 Which of the following processes causes food spoilage?
A
Conservation
B
Composition
C
Preservation
D
Decomposition

Monday, 30 July 2012

latihan isotop

1 Karbon-14 adalah satu isotop karbon. Ia mempunyai 8 neutron.
              Lukis dan huraikan struktur atom bagi karbon-14.


2    Berikan satu contoh lain isotop karbon.
Nyatakan bilangan neutron dalam isotop itu.
Tuliskan symbol bagi isotop itu dalam bentuk  
A
         X
                 
Z

3    Apakah perbezaan  antara
jisim isotop d.engan jisim atom

Thursday, 26 July 2012

sinar beta,gamma,alpha

1.     Jelaskan apa yang anda ketahui tentang proses terjadinya  sinar alfa, sinar beta, sinar gamma dan sinar X
2.     Jelaskan persamaan dan perbedaan
  1. sinar alfa dengan atom helium
  2. Sinar beta dengan elektron
  3. Sinar gama dengan sinar X
3.     Jelaskan bilamana suatu inti dikatakan stabil menurut konsep:
  1. perbandingan n/p
  2. energi ikat per nukleon
  3. inti ganjil-genap
4.     Gambarkan peta nuklida dan dan berikan penjelasan berkaitan dg ksabilan inti dan radionuklida
5.     238U92     1   234Th90      2   234Pa91      3     234U92    4      230Th92    
a)Partikel apa yang dipancarkan pd tiap peluruhan, b)berapa pasang isotop dan isobar
6.     Sebutkan deret radioaktif alam dan persamaannya, deret mana yang sudah tdk dikenal lagi, mengapa?
7.     Radionuklida Cl-38 (waktu paruh 37,38 menit) meluruh dengan memancarkan sinar beta dengan energi:
1,11 MeV sebanyak 31 %
2,77 MeV sebanyak 16 %
4,81 MeV sebanyak 53 %
dan memancarkan sinar gama dengan energi 1,50 MeV; 2,16 MeV dan 3,66 MeV.
     Gambar skema luruhnya !
8.     Suatu radionuklida meluruh sebagai berikut:
t (jam)                     0          2,5        5,0        7,5        10
aktivitas (dpm)        180       130       104       77         39
Tentukan besarnya waktu paruh dengan:
     (metode grafik)
9.     Berdasarkan besarnya energi ikat inti, ramalkan nuklida mana yang lebih stabil.
  1. C-12 atau C-13
  2. Li-6 atau Li-7
  3. N-14 atau N-15
Diketahui massa atom masing-masing nuklida (s.m.a) adalah:
                  C-12     = 12,0000          C-13     = 13,0075   
N-14     = 14,0077          N-15     = 15,0098
                  Li-6       = 6,0170           Li-7       = 7,0480
n = 1,008930 sma    p = 1,0081437 sma
10.  Larutan mengandung 1,5 mCi Au-198 per ml. Berapa aktivitas larutan 0,05 ml Au-198 pada 10 hari kemudian. Diketahui waktu paruh Au-198 adalah 65 jam.
11.  Berapa persen cuplikan Co-60 yang tinggal setelah 4 tahun. Waktu paruh Co-60 = 5,26 tahun

radioaktif

latihan radioaktif

latihan radioaktif

Lengkapkan persamaan berikut:

Tuesday, 24 July 2012

pembelajaran kooperatif


STRATEGI KOPERATIF DAN KOLABORATIF

Secara umum, strategi koperatif dan kolaboratif memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur.

Pembelajaran Koperatif (PK)


Banyak pendekatan pembelajaran koperatif diperkenalkan oleh beberapa tokoh terkenal seperti Kagan, Johnson & Johnson, Cooper, Graves & Graves, Millis dan Slavin. Modul ini memilih pembelajaran koperatif yang diperkenalkan oleh  Kagan (1988) untuk digunakan sebagai pendekatan utama. Walau bagaimana pun, pendekatan-pendekatan oleh tokoh-tokoh yang lain juga boleh diperkenalkan. Untuk tujuan kursus, modul ini melaksanakan cadangan pendekatan pelaksanaan strategi pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah  di bawah.





Rajah  : Cadangan Pelaksanaan Kursus Pembelajaran Koperatif (PK)

           

Definisi dan konsep


Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang  ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Pendekatan berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran koperatif oleh Kagan hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah.

Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran dikatakan wujud apabila struktur koperatif  yang disesuaikan dengan isi kandungan seperti yang diwakili oleh hubungan di bawah.
 

Struktur pembelajaran  +  Isi kandungan  =  Aktiviti.


Kagan telah menyenaraikan sekurang-kurangnya sebanyak lebih daripada 50 contoh struktur (dengan nama-nama yang tertentu)   yang dapat  disesuaikan dengan isi kandungan.

Struktur boleh digunakan mengikut tujuan tertentu – team building (kumpulan kecil), Classbuilding (satu kelas), Masteri, Kemahiran berfikir, Perkongsian Maklumat dan Kemahiran berkomunikasi.

Contoh dalam Rajah  di bawah menunjukkan bagaimana aktiviti dibentuk apabila struktur Roundtable digabungkan dengan isi kandungan (satu senarai nombor perdana atau contoh lain seperti haiwan jinak, kata adjektif)












Struktur-struktur koperatif boleh digabungkan dengan isi kandungan yang sesuai pada setiap peringkat pengajaran (set induksi, langkah perkembangan, penutup dan latihan).


Ciri-ciri utama pembelajaran koperatif.

Banyak kajian mendapati pembelajaran koperatif mempunyai banyak kelebihan, antaranya ialah dapat meningkatkan potensi pelajar dari segi
  • Pencapaian akademik
  • Kepekaan positif kepada kepelbagaian
  • Pemantapan kemahiran sosial

Pembelajaran Koperatif menggunakan peraturan bilik darjah yang mampu mewujudkan satu pasukan yang berkesan. Singkatan KISSES mewakili peraturan bilik darjah seperti yang diterangkan di bawah.

K         Keep with the group (Sentiasa dalam pasukan)
I           Include everyone  (libatkan semua ahli – elakkan passenger)
S          Share ideas and feelings (sedia berkongsi idea dan perasaan)
S          Stay on task (Sentiasa melakukan tugasan yang diberi)
E          Encourage others (Memberi galakan kepada rakan sebaya)
S          Six inch Voices ( perbincangan mesra kumpulan berberdua /
            berempat dalam  jarak  lebih kurang 6 inci.)

Konsep Utama Dalam Pembelajaran Koperatif


Terdapat  enam konsep utama dalam proses pembelajaran koperatif. Konsep ini merangkumi

  • Pasukan – ada visi, berstruktur untuk perkembangan minda positif,
  • Kemahiran sosial
  • Pengurusan (termasuk isyarat senyap)
  • Prinsip PIES
  • Keazaman / kemahuan (willingness) untuk bekerjasama
  • Struktur-struktur (Kagan)


Prinsip PIES (salah satu konsep pembelajaran koperatif) ialah

  • P  Pergantungan positif (Positif interdependence)
  • I   Akauntabiliti individu (Individual accountabilitiy)
  • E  Penglibatan seimbang/sama (Equal participation)
  • S  Interaksi serentak (Simultaneous interaction)

Mengikut Kagan, tidak semua aktiviti berkumpulan boleh digolongkan sebagai pembelajaran koperatif melainkan struktur yang digunakan memenuhi keempat-empat prinsip yang tersebut di atas.

Suasana pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan melalui pembelajaran koperatif melalui

  • Bilik darjah yang demokratik
  • Memberi ‘Empowerment ‘ kepada pelajar
  • Peranan guru sebagai fasilitator dan mentor


Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif
Terdapat pelbagai pendapat mengenai ciri-ciri pembelajaran koperatif.
Slavin (1990) berpendapat, pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri berikut: ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama untuk berjaya.  
Johnson & Johnson (1994) pula menggariskan lima ciri pembelajaran koperatif. Ciri-ciri tersebut adalah matlamat kumpulan, peranan ahli, interaksi, kemahiran berkumpulan dan penilaian kumpulan.
Ganjaran kumpulan:
Pelajar akan diberikan ganjaran apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteria tertentu tanpa ada sebarang persaingan antara sesama kumpulan. Ganjaran kumpulan menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.
Tanggungjawab individu:
Tanggungjawab individu bermaksud semua ahli kumpulan bertanggungjawab menentukan kejayaan sesuatu kumpulan. Ini akan mendorong pelajar membimbing rakan-rakan sekumpulan dan semua ahli bertanggungjawab menguasai pelajaran.
Peluang yang sama untuk berjaya:
Ia merujuk kepada pencapaian pelajar diukur berdasarkan peningkatan prestasi masing-masing. Oleh itu, semua pelajar berpeluang meningkatkan pencapaian kumpulan mereka tanpa mengira tahap kebolehan masing-masing.
Matlamat kumpulan:
Pelajar mesti bekerjasama dalam satu kumpulan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tanpa kerjasama antara ahli, sesuatu kumpulan tidak dapat mencapai matlamat tersebut.

Peranan ahli:
Ia merujuk kepada tanggungjawab individu dan kumpulan, iaitu sesebuah kumpulan bertanggungjawab mencapai matlamatnya dan setiap individu bertanggungjawab memberi sumbangan kerja yang sepatutnya.
Interaksi:
Pembelajaran koperatif seharusnya menggalakkan interaksi, sebaik-baiknya secara bersemuka. Pelajar melakukan kerja secara bersama melalui perkongsian bahan, saling tolong-menolong dan memberi galakan antara satu sama lain.
Kemahiran berkumpulan:
Pelajar perlu disediakan dengan kemahiran bersosial dan kemahiran untuk bekerja secara berkumpulan. Kedua-dua kemahiran ini perlu bagi membolehkan sesebuah kumpulan berfungsi dengan baik. Contohnya, kemahiran menguruskan sebarang konflik yang timbul di dalam kumpulan.
Penilaian kumpulan:
Dalam penilaian kumpulan, ahli kumpulan berbincang dan menganalisis setakat mana kumpulan mereka mencapai matlamat yang dikehendaki. Pelajar mengenal pasti tindakan dan tingkah laku yang perlu diperbaiki atau dihentikan.
Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif
Dalam menerangkan prinsip-prinsip pembelajaran koperatif, terdapat dua model yang boleh dijadikan rujukan. Model-model tersebut adalah model yang dihasilkan oleh Johnson & Johnson dan model Kagan. Topik ini akan menfokuskan kepada prinsip-prinsip pembelajaran koperatif mengikut model Kagan.
PIES merupakan prinsip-prinsip pembelajaran koperatif mengikut model Kagan. Apakah PIES? Klik pada setiap huruf di bawah untuk penerangan lanjut.


Positive Interdepence (Saling Kebergantungan Secara Positif):
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Saling bergantungan secara positif yang kuat di dalam sesuatu kumpulan akan menjadi motivasi kepada setiap ahli untuk berjaya.

Individual Accountability (Akauntabiliti Individu):
Bagi menilai akauntabiliti individu setiap ahli kumpulan, satu tugasan akan diberikan kepada kumpulan tersebut. Pencapaian kumpulan akan dinilai mengikut sumbangan setiap individu. Setiap ahli akan menerima markah mengikut sumbangan / idea mereka.
Equal Participation (Penglibatan Sama Rata):
Penglibatan yang sama rata di antara ahli kumpulan boleh dicapai melalui pembahagian/urutan tugasan. Dengan cara ini, setiap pelajar diberi peluang untuk mengambil bahagian dan memberi idea. Cara ini menjadikan setiap pelajar bertanggungjawab dan menglibatkan mereka secara sama rata.
Structure (Struktur):
Terdapat banyak struktur dalam model Kagan dimana setiap satunya mempunyai kegunaan dan kepentingan masing-masing. Pengetahuan mengenai struktur-struktur ini dan cara pelaksanaanya memerlukan pemahaman dan latihan yang berulang-ulangan. Anda akan mempelajari mengenai struktur-struktur ini dalam mukasurat seterusnya.
Model Johnson & Johnson menggariskan 4 prinsip pembelajaran koperatif:

1. Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif)
Pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke tahap saling kebergantungan. Saling kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi cuma boleh dicapai melalui usaha, input dan sinergi orang lain.

2. Individual Accountability (Akauntabiliti Individu)
Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu.

3. Group Interaction (Interaksi Kumpulan)
Pelajar-pelajar memajukaan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, mengkongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.


4. Social Skills (Kemahiran Sosial)
Agar pembelajaran koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik.
Struktur-struktur Pembelajaran Koperatif
Setiap prinsip dalam pembelajaran koperatif model Kagan boleh dicapai menerusi salah satu dari kemahiran-kemahiran di bawah:
1.  Think-Pair-Share

Pelajar akan diberi satu soalan dan diberi masa untuk memikirkan jawapannya
secara bersendirian untuk jangkamasa tertentu. Kemudian, secara berpasangan,
mereka akan membandingkan jawapan-jawapan mereka dan
mempersembahkannya di dalam kelas.

2. Round Robin

Di dalam struktur ini, setiap pelajar memberikan idea setiap kali sampai giliran
mereka.

3. Persemukaan (Trade a Problem)

Di dalam struktur ini, setiap pasukan memerlukan satu set soalan yang ditulis
pada kad. Sebelah depan kad yang mengandungi soalan dilabelkan sebagai “S”
dan bahagian belakang kad yang mengandungi jawapan dilabelkan sebagai “J”.
Ahli kumpulan A akan menayangkan “J” apabila tiada jawapan tepat yang
diterima dari kumpulan B.

4. Pembahagian tugas (Assigning Roles)
Di dalam struktur ini, setiap ahli diberikan peranan masing-masing, contohnya,
pencatat idea, memanjangkan idea kumpulan kepada kumpulan lain dan
sebagainya.

 Konsep dan Prinsip dalam Pembelajaran Koperatif

Pengintegrasian pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan melalui proses perancangan, pengendalian, pengurusan dan penilaian yang ditunjukkan dalam Rajah  di bawah.






Ringkasnya, pembelajaran koperatif mengganggap kejayaan insan bukan tertakluk kepada kecemerlangan  akademik semata-mata. Perkembangan kecerdasan intelektual(IQ), sosial dan afektif (EQ) merupakan teras bagi pembelajaran koperatif melalui amalan interaksi kumpulan yang berkesan. Pembelajaran koperatif menyediakan gelanggang bagi pelajar mengalami dan membina realiti hidup dalam era sains dan teknologi yang pesat berkembang. Di samping membentuk ‘independent thinkers’, pembelajaran koperatif juga berusaha ke arah membentuk kemahiran berinteraksi, hormat-menghormati dan berkomunikasi secara positif dalam masyarakat

Berasaskan kepada ‘brain-based learning’gaya pembelajaran dan kecerdasan pelbagai, pembelajaran koperatif menganggap bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk berjaya. Kejayaan adalah tanggungjawab bersama antara individu, rakan sebaya dan unsur-unsur dalam persekitarannya. 


Secara amnya, cadangan prosedur pelaksanaan bagi setiap struktur koperatif yang dinyatakan di atas akan melalui proses seperti yang ditunjukkan dalam Rajah  di bawah.





















Masa untuk mengendalikan sesuatu struktur adalah fleksibel. Adalah diharapkan peserta dapat didedahkan dengan seberapa banyak struktur yang dapat sesuai dengan mata pelajaran masing-masing. Untuk meningkatkan kemahiran ini, peserta diharap dapat belajar secara terarah kendiri.



 PEMBELAJARAN KOLABORATIF


Strategi pembelajaran kolaboratif merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bestari. Walaupun ada persamaan dalam beberapa aspek tetapi pembelajaran kolaboratif berbeza daripada pembelajaran koperatif. Pembelajaran kolaboratif mempunyai ciri-ciri utama, antaranya, seperti berikut;

  • Perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan murid – cth maklumat hasil carian internet dikongsi bersama.
  • Perkongsian kuasa antara guru dan murid – empowermentkepada murid menentukan objektif sesuatu tugasan setelah dipersetujui oleh guru, menggunakan kreativiti mereka menyiapkan tugasan seperti menggunakan pengurusan grafik  dll.
  • Guru sebagai mediators – bantu murid mengaitkan maklumat baru yang diperolehi dari usaha kolaboratif dengan pengalaman dan pemindahan kepada situasi baru.
  • Kewujudan personaliti dan harga diri positif hasil perkongsian maklumat sesama rakan sebaya dan guru.

Perbezaan di antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif ditunjukan dalam jadual di bawah.



Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran Kolaboratif
Satu strategi pembelajaran berteraskan pasukan kecil. Setiap murid bertanggungjawab tentang pencapaian diri sendiri dan membantu ahli kumpulan

Berasaskan kepada idea bahawa pembelajaran adalah satu tingkah laku sosial. Pembelajaran berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal atau virtual.
Pergantungan positif setiap ahli dalam menentukan kejayaan pasukan.
Tiada ‘kontrak’ / pergantungan dalam kolaborasi bersama.
Peranan guru sebagai fasilitator, menstrukturkan dan  memantau aktiviti pasukan mencapai objektif.
Tidak memerlukan pemantauan guru dan tidak berstruktur.

Hasil secara kumpulan
Hasil secara individu.


Lawat laman web berikuthttp://www.ncbe.gwu.edu/ncbepubs/directions/12.htm -

What Is the Collaborative Classroom? untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Bibiliografi Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif

1.    Dewey, J. (1916). Democracy and Education, New York: Macmillan

2.    Johnson, D. W., and Johnson, F.P. (1994). Joining Together : Group Theory and Group Skills (4th ed.). Englewood Cliffs, N.J.: Prentice Hall.\

3.    Laura K. (1997). Discovering Decimal Through Cooperative Learning.

4.    Spencer Kagan (1988). Coperative Learning: Resources for Teachers.


Laman Web Yang berkaitan


1.         http://college.hmco.com/education/pbl/tc/coop.html

2.         http://www.winona.edu/fdc/_TheWell/00000001.htm

3.         http://volcano.und.nodak.edu/vwdocs/msh/llc/is/cl.html

4.         http://chiron.valdosta.edu/whuitt/col/instruct/cooplrn.html

5.         http://www.cde.ca.gov/iasa/cooplrng2.html

6.         http://www.ed.gov/databases/ERIC_Digests/ed422586.html

7.         http://chd.gse.gmu.edu/immersion/knowledgebase/strategies/constructivism
             /collaborative.htm
8.             http://www.ncbe.gwu.edu/ncbepubs/directions/12.htm
9.         http://teaching.berkeley.edu/bgd/collaborative.html