LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL SAINS SEKOLAH  
Perkara-perkara am  
A).       Petunjuk 
Satu petunjuk 
JAGALAH KESELAMATAN ANDA  berukuran lebih kurang 2 meter kali
setengah meter dalam tulisan besar tersergam hendaklah diletak disesuatu tempat
uang senang diperhati disetiap makmal;.  
B)        
Peti pertolongan cemas  
peti pertolongan  cemas hendaklah lengkap dan diletakkan di
tempat yang sesuai dalam tiap-tiap bilik makmal.  
C)         
Peraturan 
pelajar-pelajar mesti memahami dan mematuhi
peraturan makmal yang disenaraikan. Murid-murid perempuan yang menggunakan mini
telekung perlu berjaga-jaga bila menjalankan ujikaji.Khususnya yang melibatkan
penggunaan penunu bunsen atau asid . Bagi mereka yang bermbut panjang , adalah
dinasihatkan menyangul rambut mereka bagi mengelakkan sebarang kemalangan. 
            Seboleh-bolehnya
guru yang berkenaan menggunakan waktu pertama dalam tiap tahun menerangkan
peraturan maklmal kepada pelajar. Ketua jabatan sains hendaklah mengadakan satu
penjumpaan guru-guru sains pada awal tahun untuk membincangkan dan menarik
perhatian guru kepada lengkah-langkah keselamatan dan serta pertolongan cemas
di bilik makmal sains. 
            Guru
juga memastikan bahawa pelajar-pelajar mengetahui peraturan semasa kebakaran di
sekolah.  
D.        
Pergerakan pelajar 
            Pergerakan
pelajar dalam makmal mestilah dikurangkan seberapa yang boleh untuk mengelakkan
kemalangan. Bilik makmal yang penuh sesak boleh mendatangkan bahaya. 
            Pelajar-pelajar
hendaklah dinasihatkan supaya jangan bernakal semasa berada dalam makmal
sains.  
E.        
 Peredaran udara 
            Bilik
makmal mesti menpunyai peredaran udara yang baik untuk mengelak daripada lemas
atau menyedut asap yang beracun.  
F.        
Lantai 
            Ruang
perjalanan dalam makmal mestilah bebas daripada sebarang penghalang daripada
sebarang penghalang untuk mengelakkan kaki daripada tersangkut semasa berjalan
dan untuk menyenangkan lalulintas apabila berlaku kecemasan.Lantai yang basah
atau terkena minyak mesti dibersihkan dengan segera.  
G.        
Bekalan Elektrik 
            Semua
kotak fius hendaklah diperiksa penggal persekolahan untuk menentukan bahawa ia
tidak rosak. Segala kerosakkan hendaklah diperbaiki oleh juru elektrik yang
berkelayakkan. 
            Pemutar
litar ( circuit breaker ), sekiranya ada hendaklah diperiksa sekali sepenggal .
            Semua
wayar elektrik hendaklah ditebat dengan baik dan jangan dibiarkan sebarang
wayar elektrik berjuntai. 
            Tiap-tiap
punca kuasa elektrik khususnya yang terdapat di meja-meja kerja hendaklah dalam
keadaan yang baik. Semua punca kuasa elektrik yang pecah hendaklah diganti  baru. 
            Jangan
sentuh alat-alat elektrik atau punca kuasa elektrik dengan tangan yang
basah.  
H.        
Kaca 
            Pelajar-pelajar
mestilah diajar bagaimana hendak menggunakan alatan kaca, membulat hujung
kaca,dan khususnya ,kaedah yang betul untuk memasukkan saluran kaca kedalam
gabus berlubang dan penyumbat getah. Gunakan kain untuk melindungi tangan dan
air atau minyak untuk melincinkan saluran  
kaca.  
I.        
Kemalangan 
            Semua
kemalngan yang berlaku hendaklah dicatatkan. Catatan hendaklah mengandungi
butir-butir,antara lain, nama murid, tingkatan, kemalangan, masa, rawatan yang
diberi dan catatan guru. 
1.2        
KEMALANGAN  
Antara jenis peralatan memadam api yang boleh
di gunakan adalah seperti berikut:  
            i.
Gebar api ( fire blanket ) yang terkandung dalam bungkusan yang sesuai gebar
api ini hendaklah dipasang pada diding bilik makmal dan digunakan bila pakaian
terkena api.  
                        ii.
Setimba pasir yang bersih serta kering dengan penyeduknya. 
                        ii.
Pemadam api jenis karbon dioksida dab jenis 
busa. Biasanya pemadam api jenis ABC digunakan kerana ia dapat
memadamkan banyak jenis api.  
Peralatan pemadam api tersebut hendaklah
disediakan didalam makmal berdekatan denagn pintu dan hendaklah diperiksa oleh
pihak bomba sekurang-kurangnya sekali setahun. 
Guru dan kakitangan makmal hendaklah biasa
dengan penggunaan peralatan melawan api. Latihan kecemasan api hendaklah
dijalankan khas untuk pelajar di bilik makmal pada awal pertengahan tahun.
Jabatan bomba hendaklah dihubungi bagi mendapatkan nasihat dan
tunjukcara.  
1.3  LETUPAN  
            a.
Kebanyakan letupan dalam makmal adalah oleh gas hidrogen. Bila menjalan
percubaan yang mungkin merbahaya ( misalnya pembakaran gas hidrogen ), adang
keselamatan hendaklah digunakan.  
                        b.
Letupan juga boleh berlaku akibat kebocoran gas daripada selinder gas. Gas
mampat di dalam selinder tidak boleh di simpan di dalam bilik persediaan,
makmal atau atau berhampiran dengan cecair mudah terbakar. Silinder ini
hendaklah disimpan di tempat yang agak sejuk serta mempunyai peredaran udara
yang baik dan hendaklah diapitkan dalam keadaan tegak. Troli boleh digunakan
untuk mengangkut selinder ini. 
            Selinder
gas , kepala paip dan paip gas serta paip tiup penunu bunsen hendakalh
diperiksa selalu, jika perlu tiap-tiap pagi supaya tidak ada yang bocor.
Sebarang kebocoran tidak boleh sama sekali diuji dengan api ia hendaklah diuji
dengan air sabun. 
            Kunci
paip gas induk hendaklah ditutup bila tidak digunakan. Ia mestilah berada dalam
keadaan yang mudah sampai kepadanya apabila berlaku kebakaran. 
            Lekapan
kepala selinder gas oksigen jangan sekali-kali disapu gris untuk mengelakkan
daripada kemungkinan berlaku letupan.  
                        c.
Pepejal, cecair mudah terbakar juga boleh mengakibatkan letupan.   
1.4       PERCUBAAN YANG MERBAHAYA  
a.         Menyalakan
hidrogen  
sentiasa uji gas yang mengalir keluar itu
sebelum menyalakannya. Ambil contohnya ke dalam tabung uji dan nyalakanya di
tempat yang jauh daripada radas.  Ujian
ini mesti diulang hingga gas ini menyala dengan api yang sempurna.  
b.         Campuran
yang mempunyai klorat 
jangan panaskan klorat bersama-sama dengan
bahan yang mudah teroksida seperti fosfur atau sulfur. 
c.         Pemanasan
Ammonium Nitrat  
sebahagian kecil daripadanya mungkin meletup
bila dipanaskan. Proses pemanasan hendaklah diberhentikan sebelum sebatiannya
terurai.  
d).        Natrium
dan kalium  
Gunakan sedikit sahaja. Kalium yang tersimpan
lama boleh melatup walaupun segala langkah pengawasana baginya dijalankan.  Kalium yang tersimpan  lama dan bertukar  menjadi kuning hendaklah dimusnahkan dengan
sermat dengan menukarnya menjadi garam.  
e).        Asid 
jangan sekali-kali mencampur asid pekat
dengan klorat. Bila hendak mencairkan asid pekat, tuang asid ke dalam air serta
mengacaukan larutan JANGAN SEKALI-KALI dituang air ke dalam asid pekat.  
f).        Radas
yang mengandungi cecair yang mudah terbakar  
jangan seksli-kali meeletakkan kelalang
berisi cecair yang mudah terbakar di tengah panas. Kerana pancaran matahari
yang bertumpu padanya boleh menyebabkan berlakunya letupan.  
g)    
Voltan tinggi 
Pelajar-pelajar tidak digalakkan menjalankan
apa-apa percubaan yang melibatkan penggunaan peralatan sains voltan
tinggi.  
h).        Barang-barang
kaca bagi kerja tekanan tinggi dan rendah 
salur kaca, kelalang dan sebagainya hendaklah
mempunyai dinding yang tebal dan berada dalam keadaan yang baik.  
I).      
Tunjukcara  
Dalam tunjukcara yang melibatkan penggunaan
radas voltan tinggi tekanan tinggi, bahan radio aktif, tindakbalas kencang dan
sebagainya , tentukan yang pelajar berada di tempat yang cukup jauh.  Jika keadaan memerlukan supaya mereka berada
dekat, maka adang yang mencukupi hendaklah diadakan dan pelajar-pelajar
hendaklah diberitakan tentang bahayanya.  
j).   
Semaian Hidupan Seni  
Adalah mungkin bagi hidupan janapenyakit
untuk membiak bersama-sama dengan semaian hidupan seni di dalam agar-agar suci
kuman ( dalam mangkuk patri atau pada bahagian salur yang curam)  untuk mengelak daripada jangkitan, mangkuk
pateri yang hendak diperiksa oleh pelajar hendaklah dibalut dengan pita
selofan.   
Pelajar yang menjalankan percubaan ini di
rumah hendaklah diberitahu tentang bahayanya dan arahkan mereka supaya membubuh
bahan pembunuhan kuman yang kuat ke dalam semaian itu sebelum membuangnya.
  
1.5     
BAHAN KIMIA   
Terdapat banyak jenis bahan kimia yang
merbahaya yang sering digunakan dalam makmal sains sekolah pada masa ini.  Antaranya ada yang mudah terbakar, mengkakis,
beracun, mudah meletup dan kesan-kesan lain yang mempunyai gabungan bahaya
tersebut di atas.   
Pelajar-pelajar hendaklah membasuh tangan
selepas menjalankan ujikaji dengan penggunaan bahan kimia.   
Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu
larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah digunakan untuk untuk menyedut
keluar larutan.  Jangan sedut dengan
mulut.   
Mesti berhati-hati serta cermat bila
menggunakan bahan-bahan kimia yang berlabel RACUN.   
a)         Pepejal
Yang Mudah Terbakar   
            Logam
natrium dan kalium hendaklah disimpan terendam sepenuhnya didalam minyak
(kerosen atau minyak tanah) dan terletak jauh daripada larutan berair. Fosfur
(kuning) mestilah disimpan sepenuhnya didalam 
air dan jangan  dibiarkan
menjadi  kering. 
Pemyimpanan ketiga-tiga bahan ini hendaklah
diperiksa selali untuk menentukan  bahawa
ia terendam sepenuhnya didalam air. (Fosfus kuning tidak digalakkan
penggunaanya di sekolah.)   
Bahan pengoksida yang kuat(misalnya
klorat,perklorat, nitrat, permanganat peroksida, asid nitrik)mestilah disimpan
berjauhan daripada bahan-bahan yang mudah teroksi dan jangan diletakkan di atas
kertas di atas bagku makmal.   
Jadual di bawah menunjukkan beberapa pepejal
yang mudah terbakar dengan kesan merbahaya, penyimpanan dan pembuangan
masing-masing.   
| 
Bahan Kimia  | 
Kesan-Kesan Merbahaya  | 
Penyimpanan dan Pembuangan  | 
Catatan  | 
| 
Litium,  
Natriun,  
Kalium  
Serbuk Magnesium, Aluminium, Zink dan Ferum
   
Sulfur  
Fosfurus Kuning  
Fosfurus triklorida, Silikon tetraklorida,
  Aluminium  
klorida  | 
bertindak balas dan meletup dengan air  
Bertindak balas dengan cergas dengan
  tetraklorometana  
Mudah terbakar dan terbakar denga cergas  
Menghasilkan gas Sulfur yang beracun
  apabila dipanaskan  
Membentuk campuran letupan dengan serbuk
  logam atau agen pengoksida seperti klorat  
Membakar serta-merta apabila terdedah
  kepada udara  
Bertindak balas dan meletup dengan air  | 
Disimpan dalam parafin (kerosin)  
Bertindak balas dengan etanol sebelum
  dibuang  
Mesti dijauhkan daripada agen pengoksida
  seperti nitrat,klorat, perklorat dan peroksida  
Mesti dijauhkan daripada agen peroksida  
Mesti disimpan di dalam air  
Fosfurus triklorida ialah cecair yang
  sangat beracun  | 
Api Litium,Natrium dan kalium mesti dipadam
  dengan pemadam jenis serbuk  
Mesti dipotong di dalam air  
Mesti digunakan dalam kuantiti kecil  
Ujikaji mesti dilakukan di dalam almari
  wasap  | 
b)         Cecair
Mudah Terbakar 
            Cecair
mudah terbakar yang bayak seperti yang terdapat dalam botol Winchester hendaklah disimpan pada aras
terbawah di dalam almari. Almari ini harus mempunyai ambang bagi mencecah
cecair mengalir keluar dari botol yang pecah. Cecair ini haruslah disimpan
dalam bekas yang terhindar dari bara api dan sumber elektrik kerana wap
daripadanya boleh menyebabkan letupan.   
Cecair Winchester yang mudah terbakar tidak
sepatutnya dibawa masuk ke dalam makmal. Sekiranya hendaklah membawa botol Winchester , jangan
bawanya dengan tangan. Gunakan alat yang sesuai.   
Cecair tersebut mesti dipanaskan dengan
menggunakan kukus air. Apabila  api digunakan dalam makmal, jangan gunakan
karbon disulfida atau aseton.   
Jadual di bawah menunjukkan beberapa cecair
yang mudah terbakar, serta takat kilat masing-masing.   
| 
Bahan kimia  | 
Takat Kilat /0C  | 
| 
Propana  
Dietil eter  
Dimetil eter  
Karbon disulfida  
Aseton  
Sprit Petroleum  
Metanol  
Etanol  | 
-104  
-  45
   
-  41
   
-  30
   
-  18
   
-  17
   
   
  10  
   
  12  | 
c)         Bahan
Kimia Yang Mengkakis   
            Bahan
kimia yang bersifat mengkakis termasuk asid-asia pekat seperti asid nitrik,
asid hidroklorik, asid sulfurik, asid etanoik. Asid metanoik, ammonia pekat,
hidrogen peroksida pekat, metanol, fenol, cecair bromin, kalium manganat(VII)
dan argentum nitrat. Bahan tersebut tidak boleh dibenarkan  menyentuh mana-mana permukaan badan kita.
Kerja denga bahan-bahan kimia ini hendaklah dilakukan dalam almari wasap dengan
memakai perlindungan mata serta srung tangan.   
Sekiranya sebahagian badan terkena bahan
kimia mengkakis, bahagian tersebut hendaklah dibasuh di bawah air pili dengan
segera. Selalunya jika melibatkan bahan kimia ini dengan bahan organik,
kuantiti yang kecil sahaja digunakan.   
D)        Bahan
Kimia Beracun   
            Satu
senarai bahan kimia yang berracun dan penawar dan rawatan yangsepadan baginya
hendaklah diadakan di dalam makmal.   
            Ujikaji
dengan gan beracun mesti dilakukan dalam almari wasap untuk mengurangkan gas
beracun terdapat dalam udara makmal. 
            Hanya
pengisi pipet yang boleh digunakan untuk menyedut keluar cecair yang beracun.
  
            Seseorang
yang menggunkan bahan kimia beracun mestimemakai perlindungan mata dan sarung
tangan. Selepas ujikaji , tangan hendaklah dibasuh dengan segara.   
            Bahan-bahan
kimia yang berikut mempunyai kesan yang 
boleh memudaratkan:   
            i)
ANILIN  mudah menyerap ke dalam mulut 
            ii)BENZIN
jika disedut sedikit-sedikit dalam tempoh masa yang agak lama, boleh menjadi
racun. Ia juga boleh menyerap ke dalamkulit. Jika boleh ia mestilah digantikan
dengan bahan yang kurang beracun misalnya, toluena,xyele. 
             iii) WAP BROMIN adalah merbahaya kepada mata,
hidung dan paru. Ia juga merbahaya bula bersentuhan dengan kulit. 
             iv) KARBON DISULFID boleh menyerap ke dalam
mulut dan wapnya sangat beracun. Ia sangat mudah terbakar dan mempunyai takat
suhu nyala yang rendah. 
            V)
WAP KARBON TETRAKLORID adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit. 
            Vi)
KLOROFOM adalah beracun dan boleh menyerap ke dalam kulit.   
            Vii)
HIDROGEN SULFID sama beracun seprti hidrogen sainid, tetapi ia bukanlah racun
yan menokok. Ia mesti digunakan hanya dalam almari wasap sahaja.   
            Viii)
RAKSA mesti dipanaskan hanya didalam almari wasap tetapi lebih baik lagi jika
tidal dipanaskan langsung. Wapnya adalah sangat merbahaya.   
             ix) SULFIDA DIOKSODA adalah beracun.   
Penyimpanan bahan kima hendaklah mengikut
peraturan-peraturan berikut:   
i) Semua botol bhan kimia mestilah dilabel
dengan jelas dan label itu hendaklah diperiksa dari semasa kesemasa. 
ii) Bahan kimia tidak sepatutnya disimpan di
dalam makmal tetapi mestilah disimpan didalam stor bahan kimia yang udaranya
bebas bersilih ganti. Rak menyimpan bahan ini mestilah berbibir untuk mencegah
bahan kimia daripada menggelonsor jatuh. 
iii) Cecair meruap dan lain-lain cecair yang
merbahaya hendaklah  di simpan dalam stor
yang khas. Ia mestilah mempunyai sebuah lubang untuk menempatkan mana-mana  cecair yang tumpah di dalam stor. Stor ini
mestilah kalis api. 
iv) Racun mestilah di simpan dalam almari
yang berkunci di dalam stor. Penggunaan racun hendaklah direkodkan.   
vii) Di dalam makmal tidak sepatutnya
disimpan  cecair yang lebih daripada 500
cm3. Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi adalah merupakan sebagai
sumber yang akan mendatangkan bahaya (misalnya letupan). Ia mestilan dibuang
mengikut cara yang betul.   
1.6.      BAHAN
RADIOAKTIF   
            a)
Guru yang menggunakan sumber atau bahan radioaktif di dalam makmal sains
sekolah hendaklah merupakan guru terlatih.   
             b) Pembelian dan pengendalian sumber
radioaktif   
            Pembelian
dan pengendalian sumber radioaktif mestilah mendapatkan kebenaran daripada
Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri terlebih dahulu.   
            Jubah
makmal hendaklah dipakai semasa menjalankan percubaan yang nelibatkan bahan
radioaktif . Kerja yang menggunakan cecair hendaklah dijalankan di atas talam
atau dulang. Selepas menjalankan percubaan,tangan hendaklah dibasuh
dengan  sabun hingga bersih sebelum meninggalkan makmal.   
            Sumber
radioaktif sentiasa dikendalikan dengan menggunakan pengepit dan jangan
sekali-kali memegangnya dengan tangan. Penggunaan sumber cecair atau sumber
lebih aktif tidak boleh dikendalikan dengan mulut (misalnya dalam penggunaan
salur pipet dan botol basuh) dan tidak boleh dijilat labelnya. Sumber
radioaktif janganlah sekali-kali dihampirkan dengan mata.   
            Bahan
radioaktif mestilah diisi dalam bekas plumbum. Pemindahan bahan radioaktif
mestilah dilakukan hanya oleh orang-orang tertentu yang bertanggunjawab baginya
sahaja. Jika sumber tidak berskel di gunakan, maka sarung tanga getah hendaklah
digunakan.   
Sisa-sia yang terdapat hendaklah dilupuskan
mengikut peraturan yang ditentukan baginya ( lihat pelupusan).     
C) Penyimpanan 
Sekolah tidak dibenarkan menyimpan lebih
daripada 2 millicurie sumber terbuka dalam mana-mana bahagianya dalam satu masa
dan lazimnya jumlah keaktifan sumber terbuka dan tertutup tidak dibenarkan
melebihi 4 millicurie. Sumber terbuka mestilah TIDAK termasuk Strontium 90 atau
mana-mana nuklid seperti Radium yang membebaskan zarah alfa.   
Semua bahan yang diluluskan penggunaanya
hendaklah disimpan di dalam stor atau alamari bertanda dan berkunci dan Jabatan
Bomba tempatan hendaklah diberitahu tentang adanya bahan-bahan tersebut di
dalam simpanan sekolah berkenaan. Stor atau almari tersebut hendaklah terletak
jauah daripada segala ruang yang diduduki secara kekal dan dosi yang dikeluarkan
dari dalamnya hendaklah dikira atau disukat 
serta ditanda padanya. Mana-mana dosi yang terdedah kepada tiap-tiap
seorang itu mestilah tidak lebih daripada yang dibenarkan yakni dosi tahunannya
tidak boleh lebih daripada 50 mr.   
Jika man-mana sumbernya hilang atau kecurian,
maka pihak Polis Jabatan kimia dan Penolong Pengarah Matematik/Sains Negeri
hendaklah diberitahu dengan serta merta.   
Semua sumber dan bekasnya hendaklah
dilabelkan dengan terang dan bila tidak digunakan hendaklah disimpan dalam stor
yang sesuai dan dikunci.   
D)        Kemalangan
dalam Makmal   
            Bagi bahan lembab yang tumpah
hendaklah digunakan kertas penyerap untuk memedapnya hingga kering. Dulang atau
bekas mengisi bahan tumpah ini hendaklah dibasuh dengan sabun atau bahan-bahan
pembasuh.   
            Apa-apa
pencemaran di lantai, bagku atau lain-lain permukaan makmal hendaklah dibasuh
dengan bersih dan diuji sifat keradioaktifannya. Pakaian yang tercemar
hendaklah sama ada dihantar kepada orang yang layak dalam bidang tekniknya(
seperti Pegawai Keselamatan Radioaktif Hospital) untuk dibersihkan secara khas
atau dirawat dan dijadikan sisa pepejal.   
E)    
Pelupusan   
            i)          Sumber tertutup   
            Sumber
yang tidak diperlukan hendaklah dikembalikan kepada pembekal   atau pembuatnya.Jika sumber tertutup itu
disyaki merbahaya atau bocor,     pihak
berkuasa yang berkenaan hendaklah diberitahu dengan serta-merta.   
            ii)         Sumber terbuka   
            Sisanya
hendaklah dilupuskan secepat yang mungkin melalui sink dan        dicurahkan denga air yang banyak atau
dengan  membuangkannya ke dalam tong
sampah seperti yang diperuntukkan. Pelupusab sisa pepejal mestilah            tidak lebih daripada 10 mikrocurie
seminggu. Bagi menumpukan perhatian tentang
perlunya mengawal perlupusan sisa radioaktif , maka beakas bagi            mengisinya mestilah diuji supaya
pencemaran secara tidak sengaja tidak   berlaku.
  
1.7 
PELUPUSAN BAHAN SISA 
a)  
Gas 
Gunakan almari wasap untuk membuangnya.
  
B)  
Cecair yang mengurai hendaklah dicairkan dengan air yang banyak dan
dituang ke dalam sink.   
Cecair yang mudah terbakar hendaklah
dibuangkan ke dalam botol kosong  dan
dibakar di luar makmal.  JANGAN
SEKALI-KALI dibuang ke dalam sink.   
C)   
Pepajel 
Bagi pepejal 
yang tidak larut dan aktif, ia bolehlah dimasukkan ke dalam kotak bekas
sisa.   
Natrium dan kalium hendaklah dimusnahkan
dengan menukarnya menjadi garam (misalnya dengan mencampurkannya perlahan-lahan
dengan spirit).  AMARAN : Perlindung mata
hendaklah digunakan.   
Pepejal yang bertindakbalas dengan air,
misalnya kalsium karbid, hendaklah dimusnahkan di tempat lapang dengan menuang
air kepadanya  secara sedikit demi
sedikit.   
D)  
Kaca 
Sebuah kotak bekas sisa yang khas membuang
kaca mestilah diadakan. 
E)    
Haiwan yang dibelah 
ia hendaklah ditanam sebaik sahaja selepas
digunakan untuk mencegah lalat dan renga, 
f)    
Semaian hidupan seni   
semua semaian mestilah dicampur dengan
formalin sebelum membuangnya.   
1.8   
PAMERAN SAINS SEKOLAH   
a.         Percubaan
mengenai roket tidak dibenarkan. 
B.        Setengah-setengah
projek, misalnya pemancaran gelombang radio, memerlukan kelulusan dari pihak
berkuasa. Oleh sebab itu guru hendaklah meminta kelulusan daripada pihak yang
berkenaan terlebih dahulu.   
C.        Jika
radas X-ray, pancaran pra-merah dan voltan tinggi yang digunakan . Langkah
keselamatana yang memuaskan hendaklah 
diadakan bagi para peserta dan pelawat. Guru penjaga mestilah mengawasi
pameran ini setiap masa.   
D.        Projek
yang melibatkan pengeluaran gas beracun tidak boleh dijalankan. 
E.         Percubaan
tidak boleh dibiarkan berjaalan bersendirian di dalam makmal . mesti ada dua
orang yang mengawasi perjalanan percubaan. 
F.       
Sekurang-kurangnya mesti ada seorang guru yang menjaga pelajar -pelajar
yang mengendalikan peojek bagi memastikan bahawa mereka mematuhi segala langkah
keselamatan makmal. 
G.        Bahan
pengoksida hendaklah dicampaurkan atau digaul dengan bekas yang bersih.
Pencemaran dari kekotoran (misalnya meja yang kotor) karbon dan surat khabar boleh
mengakibatkan letupan. 
H.        Jika
masih ragu-ragu tentang keselamatan sesuatu projek itu, maka penolong pengarah
matematik /sains negeri hendaklah dihubungi. 
I)        
Sekiranya sesebuah sekolah ingin menganjurkan sesuatu pameran sains,
pihak sekolah perlulah menghantarkan senarai projek yang ingin dijalankan dalam
pameran itu kepada penolong pengarah matematik sains negeri terlebih awal,
Projek-projek yang yang melibatkan bahan kimia yang merbahaya mestilah
dijalankan dengan panduan dan arahan guru yang bertugas.   
 
No comments:
Post a Comment