Tuesday 24 July 2012

konstruktivisme


KONSTRUKTIVISME


Apa yang dimaksudkan dengan konstruktivisme?

Konstruktivisme adalah suatu proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda seseorang murid. Konstruktivisme juga merupakan satu kepercayaan  bahawa pembelajaran bermula daripada pengetahuan dan pengalaman yang tersimpan dalam storan memori atau struktur kognitif murid.

Ilmu pengetahuan sebenarnya tidaklah boleh dipindahkan daripada guru kepada murid seperti memindahkan barang dari satu bekas kebekas yang lain. Seseorang murid itu perlu membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran berlaku daripada hasil usaha murid itu sendiri dan tidak mungkin berlaku dimana seseorang guru itu boleh belajar untuk muridnya. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran tetapi realiti yang diketahui oleh murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Sesungguhnya murid telah pun mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Dalam proses membantu murid membina atau menerima sesuatu idea atau konsep baru, guru perlulah mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka atau apa yang dikatakan sebagai pengetahuan sedia ada murid. Apabila maklumat baru telah dapat disesuaikan dan diterima untuk dijadikan pegangan kuat mereka, barulah suatu kerangka baru tentang sesuatu Iimu Pengetahuan itu dapat dibina. Proses inilah yang dinamakan sebagai Konstruktivisme.

Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua pekara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini dibiarkan atau tidak diperbetulkan dengan baik, kefahaman dan pegangan asal mereka itu akan tetap kekal.

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Apakah peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan Pendekatan Konstruktivisme?

Dari perspektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme peranan guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kebolehan murid meniru dengan tepat apa yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpukan kepada kebolehan murid membina konsep berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembinaan idea atau konsep daripada pengalaman murid. Perubahan juga dapat dilihat daripada pengajaran secara deduktif kepada pengajaran secara induktif.

Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme mementingkan guru dan murid memainkan peranan yang saling bersandar diantara satu sama lain.



             PERANAN  GURU                                    PERANAN  MURID
 

1. Guru tidak menganggap bahawa minda     Murid   tidak  mengangap     guru      sebagai           
    murid adalah seperti tin kosong yang         pembekal  maklumat  tetapi  sebagai   salah     
    perlu diisikan dengan fakta dan pengeta    satu sumber pengetahuan untuk membantu 
    -huan baru.                                                  mereka mencari maklumat  dan menggalak-
                                                                       -kan mereka berfikir dan berkomunikasi.

2. Guru berperanan sebagai seorang              Murid  bertanggungjawab terhadap  segala
    fasilitator dan pembimbing.                       usaha  untuk mencari   pelbagai cara untuk
                                                                       memproses   maklumat dan  menyelesaikan
                                                                       masalah.

3. Guru berperanan sebagai pengurus bilik   Murid  berdisiplin  dalam membuat keputu
    darjah untuk menangani hal-hal disiplin   -san  sendiri untuk  melibatkan   diri  dalam 
    murid dengan sempurna.                           aktiviti  pembelajaran.     


Apakah ciri-ciri guru konstruktivisme?

Diantara ciri-ciri guru konstruktivisme adalah seperti berikut:
1. sentiasa memberi galakan dan boleh menerima pandangan, pendapat serta inisiatif pelajar.
2.  menggunakan data dan maklumat asal yang belum diproses serta menggunakan bahan-bahan yang membawa kearah kemahiran manipulatif, interaktif dan kemahiran fizikal.
3. dalam membuat rangka kerja, biasanya menggunakan terminologi kognitif seperti pengkelasan, analisis, meramal dan merekacipta.
4. memberi peluang kepada pelajarnya berinteraksi untuk menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran, menukar arahan dalam strategi dan mengubahsuai isi pelajaran.
5. mengenalpasti kefahaman murid terhadap sesuatu konsep terlebih dahulu sebelum kefahamannya dikongsikan. 

6.  menggalakkan pelajar-pelajarnya untuk berdialog , samaada dengan guru atau sesama mereka.
7.  menggalakkan penggunaan kaedah inkuari dikalangan pelajar dengan mengemukakan soalan yang menekankan kemahiran berfikir, “open-ended questions” dan menggalakkan pelajar untuk mengemukakan soalan sesama sendiri.
8.  melihat dan mengambil kira perkembangan respon pelajar diperingkat awal.
9. mengikat pelajar melalui pengalaman yang  mungkin tidak sama dengan hipotesis asalnya dan ini akan menimbulkan perbincangan.
10. memberi masa yang cukup selepas sesuatu soalan dikemukakan.
11. memperuntukkan masa yang sesuai untuk pelajar membina hubungan dan mewujudkan “metaphors”.
12. melatih keinginan semulajadi pelajar melalui kekerapan penggunaan model kitaran pembelajaran.  

Apakah strategi yang perlu digunakan?

Strategi yang perlu digunakan oleh seorang guru yang mengamalkan pendekatan konstruktivisme dalam pengajarannya bolehlah dirujuk kepada peta konsep dibawah.


No comments:

Post a Comment